Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon
SHAH ALAM 21 Sept. - Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei tahun lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) berkata, perkara itu terbongkar selepas kejadian tanah runtuh tersebut yang telah mengorbankan 16 pelajar madrasah berkenaan. Menurutnya, selepas siasatan dilakukan, Juruzon juga telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor. “JAIS juga telah bertindak menghentikan segala sumbangan kepada madrasah berkenaan dan pihak Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) jabatan masih membuat pemantauan ke atas ajaran itu dan kesemua bekas pelajar di madrasah berkenaan. “Pihak penguat kuasa JAIS kini hanya menunggu laporan R&D bagi tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri hari ini yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan sebuah kumpulan ajaran sesat yang boleh menggugat akidah mereka yang dikenali sebagai ‘ajaran Juruzon’. Khutbah itu menyatakan ajaran berkenaan telah difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 23 Februari 2012 dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 5 September 1996. Pada masa yang sama, khutbah tersebut yang boleh dirujuk dan dimuat turun menerusi laman web http://www.jais.gov.my itu turut menyatakan ajaran berkenaan terbongkar susulan kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011. Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mendapati pengasas madrasah berkenaan adalah individu yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan sebelum ini. Individu berkenaan telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 2002 sebagai tapak baru selain dikatakan menjadi pusat kegiatan ajaran Juruzon dan terdapat banyak penemuan serta bukti penyelewengan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antara penyelewengan yang dilakukan ajaran tersebut ialah meyakini akan kehadiran ‘Guru Ghaib’ yang turun melalui badan Juruzon dan memberi pengajaran dan arahan kepada ahli kumpulan agar patuh dan setia melalui majlis yang dinamakan ‘Majlis Rabitah’. Selain itu, ajaran Juruzon mendakwa mempunyai bacaan al-Qurannya sendiri yang turun daripada Arasy dan ia bukanlah bahasa Arab seperti bahasa al-Quran, malah, mereka mendakwa bahasa tersebut digunakan selepas mati.
Petikan Utusan Malaysia
Laporan Bernama.com bertarikh 20 Januari 2007
menyatakan bahawa sebanyak 102 ajaran sesat telah dibenteras dan 22 lagi masih lagi dalam pantauan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini, pada tahun 2006 sebanyak 56 ajaran sesat telah diwartakan secara rasmi. Iaitu :
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar
Ciri-ciri Ajaran Sesat
Selain itu,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus.
Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.
Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam buku, Kriteria-kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994.
Antara kriteria-kriteria ajaran sesat ialah :
Pertama
Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah, seperti mempercayai kitab lain yang mampu menyaingi dan memansuhkan al Quran, mempercayai terdapat kiblat selain dari Kaabah dan seumpamanya.
Kedua
Mempertikai kebenaran al Quran atau Hadith Nabi SAW yang telah diakui keshahihannya oleh ulama’ Hadith.
Ketiga
Mana-mana ketua atau ahlinya yang mendakwa dirinya adalah nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Mahdi al Muntazar atau seumpamanya.
Keempat
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai sebuah agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada semua manusia.
Kelima
Pendewaan diri, pemimpin atau mana-mana individu dalam kumpulan tersebut, secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wa Al Jamaah. Contohnya mendakwa (secara pasti) bahawa diri atau gurunya sebagai ahli Syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti boleh bekahwin lebih daripada empat dan sebagainya.
Keenam
Mengadakan bid’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang telah ditetapkan dengan dalil Qath’ie yang tidak boleh dipertikaikan. Contohnya menghapuskan kewajipan berjihad, Solat Jumaat, puasa di Bulan Ramadhan, haji di Mekah dan seumpamanya.
Ketujuh
Mentafsir, menghuraikan al Quran atau Hadith Nabi SAW mengikut sesuka hati.
Kriteria-kriteria ini jelas menampakkan kepada kita, bahawa Islam meletakkan sempadan-sempadan. Namun akhir-akhir ini, sempadan-sempadan tersebut telah dilanggar dan ditokok tambah sehingga menyesatkan manusia. Golongan ini sering mendakwa bahawa merekalah yang membawa kepada kebenaran sedangkan mereka jauh tersimpang dari kebenaran.
SIAPAKAH SEBENARNYA JURUZON INI?
Ajaran ini diasaskan oleh Juruzon bin Abdul Latif juga dikenali sebagai Haji Ahmad Al Walidi atau Pak Su. Ajaran ini telah difatwa dan diwartakan haram oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Selangor di atas penyelewengan yang telah dilakukan.
Pak Su pernah belajar di Lenggong, Negeri Sembulan, berguru dengan arwah Haji Maarof iaitu mempelajari Tarekat Naqshabandiah Khalidiah. Beliau mula mempelajari ilmu tarekat pada tahun 1983 hingga 1994. Dorongan beliau mempelajari ilmu tarekat adalah kerana dirinya tidak tenteram. Ini disebabkan beliau mempunyai latar belakang keluarga yang kucar-kacir. Mempunyai adik beradik seramai 13 orang dan ada yang menagih dadah, pelacur, tidak ada latar belakang pendidikan agama dan ada yang mengikuti pertubuhan Al-Arqam pada waktu itu serta bapa Pak Su berkahwin dua. Pak Su tidak boleh membaca huruf Jawi.
Beliau telah mendirikan madrasah yang diberi nama Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat di mana telah berlakunya kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan 16 orang terkorban manakala 10 lagi dilaporkan cedera. Madrasah ini pada asalnya adalah sebuah surau dan beberapa pondok kecil yang tapaknya telah dibeli pada sekitar tahun 1996, berkeluasan lebih kurang sati setengah ekar.
Sebelum madrasah ini didirikan di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, ia telah berpindah sebanyak dua kali iaitu di Hulu Klang, Selangor dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada sekitar tahun 90-an.
Bagi mengelakkan pergerakan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa, ahli-ahli kumpulan ini diarahkan oleh Pak Su agar memakai pakaian biasa apabila hendak pergi ke madrasah ini. Setelah sampai, barulah mereka dibenarkan memakai pakaian madrasah ini seperti berjubah dan berkopiah. Pakaian bagi ahli biasa kumpulan ini ialah berjubah putih, manakala bagi khalifah adalah berjubah hitam.
Penghuni madrasah ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
1. Kategori anak yatim.
2. Kategori anak al-Hidayah - iaitu anak-anak yang mempunyai masalah kekeluargaan
seperti ibu-bapa yang bercerai.
3. Kategori pelajar yang datang pada hujung minggu untuk mempelajari fardhu 'ain.
Pemantauan telah dilakukan setelah pihak Jakim menerima aduan berkenaan satu ajaran salah yang diamalkan di madrasah tersebut. Setelah kajian lapangan dilakukan pihak Jakim mendapati terdapat ciri-ciri yang menyerupai satu ajaran sesat yang telah difatwakan haram oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Hasil kajian dan bukti-bukti yang diperolehi telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri di mana terletaknya madrasah tersebut iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan satu keputusan telah dikeluarkan iaitu memfatwakan dan mewartakan bahawa ajaran Juruzon yang diajar di Madrasah At-Taqwa adalah salah dan sesat.
Ciri-Ciri Ajaran
1. Mempraktikkan “amalan Anak Qadim” iaitu apabila dipraktikkan amalan ini secara automatik hubungan antara pengamalnya akan menjadi hubungan adik-beradik dan mahram. Cara untuk mempraktikkan amalan ini ialah dengan melukakan bahagian kulit di hujung jaridan kemudiannya disentuhkan antara satu sama lain. Walaupun demikian, hubungan antara para pelaku dengan Pak Su, bukanlah hubungan adik-beradik, tetapi hubungan anak dan bapa.
2. Belajar Dengan Guru Ghaib iaitu satu majlis yang dinamakan “Majlis Rabitah” akan diadakan pada sama ada malam hari Rabu atau Jumaat. Majlis rabitah ialah majlis dipercayai “guru ghaib” akan turun dan akan hadir dalam badan Pak Su seterusnya memberi arahan. Para pengikut amat mempercayai kehadiran guru ghaib ini kerana kehadirannya dirasai melalui dentuman bunyi atap yang kuat selain daripada dapat menghidu bau-bauan yang wangi.
3. Dikenakan bayaran zakat iaitu bayaran ini mengikut hiraki ahli. Semakin tinggi kedudukan ahli, semakin tinggi zakat yang dikenakan. Purata zakat yang dikenakan adalah antara 10 hingga 25 peratus daripada hasil gaji bulanan. Selain daripada zakat gaji yang dikenakan, ahli juga dipaksa membayar apa sahaja keperluan Pak Su, termasuk bayaran ansuran kereta, kos membuat rumah dan bangunan tambahan yang kononnya adalah arahan daripada “guru ghaib”. Banyak ahli yang terpaksa membuat pinjaman peribadi bagi tujuan tersebut dan akhirnya terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
4. Amalan mengambil air mani orang bujang iaitu kononnya menurut Pak Su air mani tersebut boleh digunakan untuk mengubati penyakitnya. Cara yang digunakan untuk mengeluarkan air mani tersebut ialah dengan cara menayangkan video seks kepada golongan terbabit.
5. Amalan memeriksa urat kemaluan iaitu bagi mereka yang telah selesai mengambil ijazah daripada “guru ghaib”. Menurutnya, ianya penting bagi menentukan bentuk zikir yang hendak diamalkan sesuai dengan rupa bentuk urat zakar yang ditemui.
6. Amalan menghisap buah zakar iaitu Pak Su gemar menghisap zakar kemaluan orang bujang. Tidak diketahui tujuan sebenar beliau berbuat demikian, namun dipercayai beliau berbuat demikian kerana ingin melepaskan nafsu syahwatnya berikutan beliau sudah pun bercerai dengan isterinya.
7. Mengamalkan taktik mengugut dan menakut-nakutkan iaitu ahli yang terlibat dengan Ajaran Juruzon akan sentias diugut dan ditaku-takutkan sekiranya mereka keluar daripada kumpulan ini. Pleh sebab itu, ada sebahagian ahli yang tidak berani untuk keluar daripada kumpulan ini kerana diancam dengan pelbagai musibah dan malapetaka yang bakal menimpa mereka sekiranya mereka keluar daripada kumpulan ini. Ahli juga tidak dibenarkan memberi komen atau menceritakan apa sahaja tentang ajaran kumpulan ini kepada orang luar tanpa keizinan Pak Su.
8. Ahli dihasut supaya membencikan keluarga iaitu kebanyakan pelajar di Madrasah At-Taqwa merupakan anak kepada Ahli Juruzon. Sekiranya terdapat ibu bapa pelajar yang telah keluar daripada kumpulan ini, anak mereka akan dihasut untuk membenci ibu bapa mereka dan akan melabelkan ibu bapa mereka sebagai pembelot dan pengkhianat agama. Bukan sekadar itu sahaja, anak-anak tersebut dihalang dan dipisahkan daripada berjumpa dengan ahli keluarga mereka.